Basic Forex


Apa itu FOREX

FOREX adalah merupakan perniagaan pertukaran mata wang asing (Foreign Exchange) dan juga dikenali sebagai Spot Market

Jenis-jenis Matawang Diperdagangkan

Matawang utama yang diperdagangkan adalah:




Perbezaan antara Pasaran FOREX dan SAHAM


Sesi Trading 

Berikut adalah sesi trading bagi waktu Malaysia





Terdapat tiga sesi trading yang paling utama iaitu Tokyo, London dan New YorkMarket paling aktif apabila 2 sesi bertembung iaitu sesi Tokyo – London (4 – 5 petang) dan sesi London – New  York (8 malam – 1 pagi).


Jenis-jenis Market


Didalam FOREX, terdapat dua jenis pasaran iaitu Bullish dan Bearish.


BULLISH

BULISH bermaksud pasaran dalam keadaan sedang menaik (Uptrend). Dalam keadaan ini peniaga (trader) mengharapkan harga naik lebih tinggi.

Dalam pasaran BULLISH, perniaga akan membeli dahulu sesuatu mata wang yang didagangkan pada  harga rendah (buy low first) dan akan dijual kemudian pada  harga yang lebih tinggi (sell high later) untuk mendapatkan keuntungan (profit). Pergerakan pasaran adalah menaik atau dipanggil rallying. Keadaan pasaran BULISH juga dipanggil  sebagai BUY  / LONG.

BEARISH

BEARISH bermaksud pasaran sedang dalam keadaan menurun (Downtrend). Dalam keadaan ini peniaga mengharapkan harga turun lebih rendah. Dalam pasaran BEARISH, peniaga akan jual dahulu pada  harga tinggi (sell high first) dan beli kemudian pada  harga rendah (buy low  later) untuk mendapatkan keuntungan. Konsepnya tetap adalah sama, buy low dan sell high, cuma turutannya berbeza. Pergerakan pasaran BERISH adalah menurun atau dipanggil dipping. Keadaan pasaran BEARISH juga dipanggil sebagai SELL/SHORT.


PIP


PIP adalah merupakan UNIT ukuran bagi menghintung pergerakan harga didalam FOREX samada naik ataupun turun. Sebagai contoh, jika harga bergerak naik dari sesuatu kedudukan daripada 1.5000 ke 1.5001 (+1), ia dikatakan telah bergerak naik 1 pip. Begitu juga jika hargan bergerak daripada 1.5000 ke 1.4999 (-1) , ia dikatakan telah turun 1 pip.

1 pip = 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada “currency pair” yang dipilih oleh anda.
 

Log, Marging dan Leverage
FOREX quotes
Pengiraan untung dan rugi
Jenis-jenis order
Jenis-jenis Trader